Bantuan RM500 Untuk Rakyat Malaysia, semak maklumat ini dan ketahui syarat serta cara permohonan.
Bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan inisiatif bulanan khas kepada warga emas.
Bantuan ini terdapat beberapa syarat kelayakan individu yang ditetapkan dan hanya yang layak dapat menerima bantuan ini. Berikut dikongsikan makluman terperinci mengenai bantuan Warga Emas ini.
BANTUAN RM500 : BANTUAN WARGA EMAS
Golongan warga emas di negara salah satu golongan yang sering mendapat perhatian daripada kerajaan sedia ada. Bantuan tunai RM500 ini bertujuan agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BAYARAN
Seriap kelayakan, individu ini akan menerima bayaran secara bulanan iaitu :
- RM500 (sebulan)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA MOHON
Berikut adalah cara untuk mohon berserta beberapa dokumen sokongan yang diperlukan :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan yang di sediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh melayari lawan rasmi JKM https://www.jkm.gov.my/
Untuk semak lebih lanjut mengenai bantuan sila KLIK SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.