Skip to content

Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Kawasan liputan bantuan PPRT adalah di kawasan luar bandar.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  1. Bina Baharu
    Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih
    Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)

    Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

Kumpulan Sasar

Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

(Pendapatan Isi Rumah Miskin tegar : RM1,169 dan  Miskin RM2,208)

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  1. disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian


Syarat bantuan Bina Baharu
diberikan kepada peserta yang:

  1. tidak mempunyai rumah;
  2. rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  3. tidak ekonomik untuk dibaiki;
  4. memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  5. pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.


Syarat bantuan Baik Pulih:

  1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.


Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  1. warga emas;
  2. orang kurang upaya (OKU);
  3. ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  4. mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Kadar Bantuan

Bagi kadar bantuan yang ditawarkan adalah seperti imej berikut:

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah

Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu

Permohonan PPRT

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan. 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version