Skip to content

Bantuan Pahang Pride Kid

Bantuan Pahang Pride Kid – Terdapat pelbagai program bantuan dan inisiatif yang disediakan serta ditawarkan oleh kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat yang berasal dari negeri ini.

Kepelbagaian maklumat tentang bantuan-bantuan yang ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya.

Dalam halaman ini, pihak kami akan berkongsi sedikit info mengenai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri Pahang, memberikan maklumat berguna kepada masyarakat yang ingin memohon bantuan yang mereka layak dan perlukan.

Bantuan Pride Kid yang disediakan dan yang ditawarkan adalah seperti berikut.

Bantuan Pahang Pride Kid

Bantuan Pahang Pride Kid ini merupakan program inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023).

Kerajaan Pahang sejak tahun 2023 telah bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300.

Di bawah Belanjawan Negeri Pahang, dinyatakan bahawa setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).

Bantuan ini boleh digunakan untuk simpanan kewangan dan juga pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

Setiap kelahiran bayi yang hidup akan menerima pemberian bernilai RM300. Sebanyak RM50 dalam bentuk barangan bayi, sebanyak RM100 dalam bentuk simpanan bank dan RM150 berbentuk gold bar.

Kadar Bantuan

Secara ringkasnya sumbangan ini adalah seperti berikut:

  • RM50 untuk barang keperluan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)
  • RM150 dalam bentuk Gold Bar

Syarat-syarat Permohonan

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2023

Cara Memohon Pahang Pride Kid

Ibu bapa atau penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian dengan mengikuti pautan link berikut : https://erakyat.pahang.gov.my/

Pemohon boleh membuat semakan setelah menghantar borang permohonan melalui butang Semakan.

Cara Pembukaan Akaun Bank Rakyat NURI

Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut :

  1. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.

09-5124043/ 09-5124039
(Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version