Bantuan Latihan Perantis 2023 atau BLP diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan membantu meringankan beban mereka yang layak untuk mendapat bantuan ini.
Berikut adalah perkongsian mengenai maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara untuk memohon bantuan ini.
BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
Tujuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah untuk membantu pelanggan Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir dari sekolah dan menganggur serta bekas pelatih/bekas pelajar institusi kebajikan. dalam pengajian kemahiran atau latihan sambil bekerja (sambilan).
KADAR BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)
Berikut adalah jumlah yang akan disalurkan kepada mereka yang layak mendapat Bantuan Latihan Perantis (BLP) secara bulanan
Jumlah Bantuan Latihan Perantis:
- RM200 sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan atau;
- Kes-kes seliaan akhlak atau;
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
- Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MEMOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada) dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi www.jkm.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.