Skip to content

Bantuan Khas RM300 untuk pencarum KWSP

Bantuan Khas RM300 untuk pencarum KWSP – Untuk pengetahuan semua, KWSP telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai i-Suri.

Bantuan Khas RM300 di bawah i-Suri KWSP

Program ini pada asasnya membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di dalam KWSP dan mendapat bantuan (insentif) khas.

Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Ia juga bertujuan untuk:

  • Golongan suri rumah mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Faedah-faedah utama i-Suri adalah:

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
  • Bantuan Kematian
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dimaklunmkan bahawa ia tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini​.

Bagi yang belum tahu, eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Cara Mendaftar

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui pelbagai kaedah iaitu secara atas talian (online) di Portal i-Akaun, Laman Web Rasmi KWSP (Pendaftaran i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan), Self Service Terminal (SST) atau Pejabat KWSP terdekat.

Pembayaran caruman pula boleh dibuat melalui pelbagai saluran iaitu:

  • Aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun;
  • Perbankan internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Pejabat KWS;
  • Caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA).

Untuk makluman, tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Akan tetapi, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Bayaran insentif khas i-Suri ini akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada kerajaan).

Untuk makklumat lebih lengkap berkenaan i-Suri ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version