Bantuan Khas Kewangan Fasa 2 Tahun 2023 akan dibayar kepada penjawat awam di negeri Selangor sebanyak RM1000.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah menyalurkan BKK Kali Pertama sebanyak satu bulan gaji minimum RM1,000, dan ia telah dibayar sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Table of Contents
BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan Khas Kewangan merupakan sebuah program bantuan kewangan yang istimewa yang akan memberikan kredit minimum sebanyak RM1000 kepada individu yang layak.
TARIKH BAYARAN BKK FASA 2 2023
BKK Kali Kedua, insentif satu bulan gaji minimum RM1,000, dengan anggaran
implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta, akan dibayar pada:
- 28 Disember 2023 ini.
BKK FASA 3
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.
Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, bantuan khas tersebut akan dibayar pada Februari tahun depan.
Bantuan ini bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024.
MAKLUMAT LAIN
Untuk makluman anda semua, perlbagai lagi bantuan yang anda boleh dapatkan sekiranya anda adalah rakyat negeri Selangor.
Sila layari laman rasmi Program Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS).
Untuk menyemak pelbagai lagi bantuan layari LINK INI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.