Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dimana Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial selaras dengan visi jabatan ini iaitu “Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat” dan misi mereka “Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial”.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah banyak memberi bantuan kepada masyakarat Malaysia seperti bantuan OKU, bantuan kanak-kanak, bantuan warga emas dan bermacam-macam lagi.
Akan tetapi, ada juga pelbagai bantuan kepada peniaga-peniaga di Malaysia, seperti yang pihak kami kongsikan ini. Bantuan ini menumpukan kepada golongan peniaga kecil di mana bantuan dalam bentuk kewangan secara one-off sebanyak RM2700. Ikuti perkongsian ini.
GERAN PELANCARAN
Geran Pelancaran adalah skim bantuan secara sekaligus atau one-off kepada peniaga kecil.
TUJUAN
Dua tujuan utama dalam bantuan Geran Pelancaran ini adalah:
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Terdapat 4 kriteria khusus untuk layak mendapat bantuan ini iaitu:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
KADAR BAYARAN
Maksimum RM2,700 sekaligus.
SYARAT KHUSUS
Manakala syarat khusu untuk menerima bantuan ini adalah:
- Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
- Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
- Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara memohon Bantuan Geran Pelancaran JKM :
- Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sumber : Geran Pelancaran JKM
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:
- Telefon : 03 8000 8000
- Faks : 03 8323 2045
- Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Terdapat juga bantuan lain seperti Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 sebulan.
CARA PERMOHONAN (BWE)
Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dibuat melalui:-
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Jajahan
- Bahagian (di seluruh negara).
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN SOKONGAN (BWE)
Untuk memudahkan urusan pentadbiran,pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.