Skip to content

Bantuan Insentif Khas RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha

Bantuan Insentif Khas RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha – Pada 30 Mei 2024, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Bantuan Insentif Khas RM500

Bantuan itu akan diberikan kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut hari mulia Hari Raya Aidiladha.

Bantuan itu akan diberikan kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut hari mulia Hari Raya Aidiladha.

Bantuan itu nanti akan melibatkan peruntukan lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat dan akan diagihkan kepada 32,300 asnaf yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, mualaf dan ar-riqab.

Pembayaran bantuan itu akan dikreditkan teru ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 ini.

“Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.

Takrif Asnaf

Menurut maklumat yang diterbitkan MAIWP, takrifan asnaf adalah berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999. Golongan pertama adalah fakir iaitu seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

Keduanya, miskin iaitu seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya. Ketiga, amil iaitu mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

Keempat pula adalah muallaf iaitu mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:

  • Beragama Islam
    • Baru memeluk agama Islam
    • Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
    • Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
    • Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
  • Bukan beragama Islam
    • Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
    • Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

Kelima al-Riqab iaitu memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. Keenam al-Gharimin iaitu golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Ketujuh fisabilillah (mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya dan kelapan Ibnu Sabil (mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan).

Namun begitu, mereka yang layak menerima Bantuan Insentif Khas itu hanyalah mereka yang telah tersenarai sebagai asnaf di bawah sistem MAIWP. Bagi yang berapa dalam kategori asnaf, pendaftaran sebagai asnaf boleh dibuat melalui kaunter-kaunter permohonan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version