Bantuan I-Sejahtera Penang sehingga RM1000 akan diberikan kepada pemohon yang layak secara sekali setahun. Berikut adalah naklumat mengenai bantuan ini.
Table of Contents
Program I-Sejahtera Penang
Program i-Sejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Kadar Bayaran
BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN
Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00
Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00
Program Suri Emas : RM100.00
Program Bantuan OKU : RM200.00
BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF
Program Anak Emas : RM200.00
Khairat Kematian : RM1,000.00
Tarikh Pembayaran
Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun. Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Panduan Permohonan
Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU (1) bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas (sila rujuk syarat-syarat permohonan).
Program i-Sejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.
1. Semak No Kad Pengenalan
2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal i-Sejahtera dengan tatacara berikut:
- Layari Portal Rasmi i-Sejahtera;
- Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
- Masukkan nombor Kad Pengenalan;
- Semak No Kad Pengenalan;
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
- Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan;
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Semakan Status
Status pendaftaran boleh disemak melalui Portal i-Sejahtera. Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan log in masuk ke akaun pemohon di butang Login Pemohon.
Pemohon juga boleh menghubungi Pejabat Daerah, Pusat Khidmat KADUN, Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program Bantuan OKU) untuk menyemak status pendaftaran. Senarai perhubungan boleh dilihat pada ruangan Hubungi Kami.
Maklumat Lanjut
Maklumat lebih terperinci berkenaan i-Sejahtera dan syarat-syarat kelayakan boleh dilihat di Portal Rasmi – DI SINI.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.