Skip to content

Bantuan E-Tunai RM100 untuk Golongan Dewasa

Bantuan E-Tunai RM100 adalah inisiatif dan bantuan terbaru yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan untuk meringankan beban ekonomi rakyat yang terkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang memiliki pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Bantuan e-tunai rm100

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI RM100

Berikut merupakan syarat kelayakan Bantuan Kredit E-Tunai Rm100

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.

Berikut adalah beberapa butir penting berkenaan inisiatif kredit e-tunai RM100:

  • Nama Program: Kredit E-Tunai RM100
  • Objektif: Memberikan bantuan kewangan kepada rakyat dewasa dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000
  • Peserta yang Layak: Semua rakyat dewasa Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Jumlah Penerima Manfaat: Dijangka lebih dari 10 juta rakyat dari golongan B40 dan M40
  • Peruntukan Dana: Sekitar RM1 bilion

Permohonan e-Tunai RM100

Setakat ini belum ada maklumat lanjut terkini mengenai cara permohonan dan pemberian kredif RM100 eTunai ini. Maklumat semasa dan lanjut akan dikemasikini dari masa ke semasa.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

9 thoughts on “Bantuan E-Tunai RM100 untuk Golongan Dewasa”

Comments are closed.