Bantuan Awal Ramadhan RM500 untuk tahun 2024 boleh dimohon secara dalam talian. Cara untuk mendaftar dan memohon bantuan ini dikongsikan dalam halaman ini. Sila semak maklumat lanjut.
Bantuan ini dikendalikan oleh Baitulmal MAIWP.
Kadar Bantuan Awal Ramadhan
Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Ramadhan yang bakal disalurkan kepada penerima yang layak:
KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN Sebanyak RM500 akan disalurkan secara sekaligus.
Tujuan Bantuan Awal Ramadhan
Bantuan Awal Ramadhan disalurkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menyambut bulan Ramadhan untuk membeli barangan dapur / makanan khasnya untuk berbuka dan bersahur.
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Ramadhan
Bantuan Awal Ramadhan yang bernilai RM500 bakal dikreditkan seperti tarikh berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN AWAL RAMADHAN
Dikreditkan bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H
secara berperingkat.
Syarat Daftar
Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya hendak mendaftar :
- Beragama islam;
- Warganegara Malaysia;
- Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Cara Daftar Dan Mohon
Untuk pendaftaran, pemohon perlu hadirkan diri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal atau boleh terus atas talian melalui laman web seperti berikut :
- Sila layari laman web MAIWP di sini : https://www.maiwp.gov.my/.
- Kemudian klik pada [Bantuan Zakat].
- Pilih salah satu bantuan yang ingin dipohon.
- Muat turun borang permohonan.
- Isikan dan lengkapkan borang permohonan.
- Hantar ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran dengan tempat tinggal anda.
- Selesai.
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : baitulmal@maiwp.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.