Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019. Bantuan ini dibuka khas kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan mereka dalam menguruskan anak kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mereka hari demi hari.
Bantuan Khas ANIS ini merupakan pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM 5,000.00 bagi satu keluarga.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)
Bantuan Anak Istimewa Selangor mempunyai objektif berikut:
- Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
- Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
- Warganegara Malaysia;
- Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah Pengundi Negeri Selangor;
- Penerima Bantuan Khas ANIS hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
- Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Pengesahan Diagnosis daripada Doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
- Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada PERMOHONAN PERTAMA KALI;
- Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
- Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.
*Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan*
KADAR BANTUAN
Berikut adalah jumlah untuk bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS):
- Bantuan akan diberikan Secara One-Off untuk SATU KELUARGA dengan Had Minima berjumlah:
- RM5000
JENIS-JENIS BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Berikut merupakan jenis-jenis bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS):
- Makanan/ Keperluan tambahan
- Pembelian/ Pembaikian peralatan/ Mesin
- Ubat-ubatan
- Pendidikan (Terapi/ Kelas khas untuk anak golongan Orang Kurang Upaya (OKU))
CARA MEMOHON
- Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
https://www.anisselangor.com/bantuananis- Mohon online https://anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php
- Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:
Pejabat YAWAS
Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
40000 Shah Alam, Selangor. - Borang dan Dokumen Sokongan hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5.30 Petang
- Jika gagal menghantarnya sebarang rayuan tidak dilayan
- Sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
- Salinan Sijil Kelahiran Anak
- Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
- Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
CARA PEMBAYARAN BANTUAN
- Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
- Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
- Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
- Pembayaran akan dibuat bermula bulan Jun
- Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
- Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
- Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
- Pembayaran akan dibuat pada bulan Jun.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan juga cara permohonan bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS), sila layari portal rasmi ANIS SELANGOR di pautan berikut:
- KLIK LINK INI PORTAL RASMI ANIS SELANGOR
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.