Bantuan AM RM350 sebulan untuk setiap keluarga, sila semak kelayakan anda melalui maklumat yang dikongsikan di sini. Kerajaan dibawah Kementerian Kewangan memperkenalkan pakej Bantuan AM bagi mereka yang layak.
Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Butirannya adalah seperti dibawah :-
Bantuan Am RM350
Bantuan Am disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga
KADAR BANTUAN
Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :
- RM100 sehingga RM350 (Maksimum)
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
- PGK purata miskin per kapita semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :
- Sila ke web rasmi JKM iaitu :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN
Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian”
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:
- Telefon : 03 8000 8000
- Faks : 03 8323 2045
- Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.