Bantuan Am Negeri Sabah

Bantuan Am Negeri Sabah – Kerajaan negeri di Malaysia menawarkan program Bantuan Am Negeri.

Program ini dirangka khas bagi membantu individu dan keluarga miskin yang menghadapi kesukaran hidup, terutamanya mereka yang tidak menerima bantuan lain di bawah skim bulanan Jabatan yang bertanggungjawab.

Bagi negeri Sabah pihak berkaitan adalah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Anda boleh layari halaman rasmi di SINI.

BANTUAN AM NEGERI SABAH

Bantuan Am Negeri Sabah ini membantu dari segi kewangan setiap bulan dengan kadar tertentu agar dapat mengurangkan kesulitan hidup sementara kepada individu atau keluarga yang memerlukan.

KADAR

Minimum RM200 sehingga RM350 sebulan.

TUJUAN

Tujuan utama bantuan ini adalah memberi bantuan kewangan secara pemelegaan sementara kepada individu atau keluarga yang berhadapan dengan kesulitan hidup berpunca dari penyakit, kurang upaya, kematian atau faktor-faktor di luar kawalan; dan memberi sokongan moral mengikut prinsip-prinsip kerja sosial kepada individu atau keluarga yang ditimpa musibah supaya mereka boleh berdikari atau berusaha ke arah memperbaiki kualiti hidup dan mengekalkan keadaan kesejahteraan keluarga dalam masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN KHUSUS

Syarat kelayakan khusus untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sabah;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa; DAN
  • Individu atau keluarga yang tidak berupaya berdikari dan hidup dalam keadaan daif atau miskin; ATAU
  • Pesakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan menghidap penyakit kronik yang serius, memerlukan rawatan lanjut yang kerap sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan, dan tidak berupaya bekerja; ATAU
  • Pesakit mental yang disahkan oleh Pegawai Perubatan atau Psikiatri, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
  • Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
  • Penjaga yang sedang memberi penjagaan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun atau orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau sebaliknya dari keluarga miskin yang tidak berupaya berdikari dan berada dalam keadaan menghidap penyakit mental, penyakit kronik, OKU atau terlantar; ATAU
  • Balu / Janda / Duda bertanggungan yang terikat dengan anak-anak berumur di bawah 18 tahun atau sehingga tingkatan 6; ATAU
  • Tanggungan banduan yang menanggung anak-anak di bawah umur 18 tahun atau sehingga tingkatan 6.

Soalan Lazim

1. Apakah syarat-syarat kelayakan bagi pemohon bantuan?

Secara umumnya, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah;. tidak mempunyai pendapatan tetap; miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya

2. Bagaimanakah cara untuk saya memohon bantuan?

Sila buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan

3. Berapakah tempoh sesuatu permohonan itu dapat diluluskan?

Satu (1) bulan dari tempoh penghantaran borang permohonan.

4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk suatu permohonan bantuan?

Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran, salinan surat beranak, laporan perubatan (jika berkaitan); surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank;

5. Apakah borang yang digunakan untuk sesuatu permohonan?

Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal. Borang ini boleh juga dimuat turun dari laman web ini.

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version