Aliff Aziz Curang 11 Kali Termasuk Dengan Adik Bella Sendiri

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz sudah berlaku curang terhadapnya lebih daripada lapan kali.

Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.

Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada sesi berbuka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.

Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.

Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya iaitu Eriqa.

Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah bagitahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bagitahu.

Tambah Bella, Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2022.

Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada mesej mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Dia ada temankan Aliff ke Gegar Vaganza.

Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung.

Ada ibu, bapa, dan adiklah. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff.

Sumber OhBulan

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version