Semakan Penebusan RM100 Baucar Buku IPT MySISWAPLACE – Terkini, dimaklumkan bahawa pemberian baucar buku Fasa 2 untuk pelajar IPT telah bermula sejak 30 Oktober 2024.
Inisiatif ini dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.
e-Baucar Buku IPT
e-Baucar Buku adalah merupakan sebuah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekaligus dapat membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.
Para pelajar yang layak akan menerima baucar pembelian buku berjumlah RM100. Program ini dilaksanakan secara berfasa bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2024.
KPT berharap inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemarakkan budaya membaca, malah turut bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.
Pelaksanaan Fasa 1 & 2
FASA 1 (JUN-SEPTEMBER 2024)
- Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong PBAKL 2024.
- Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian KPT), bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi.
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.
NOTA: Permohonan e-baucar buku fasa pertama telah pun ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka. Permohonan fasa pertama ini telah dibuka pada 1 Jun 2024 yang lalu.
FASA 2 (OKTOBER-DISEMBER 2024)
- Pelaksanaan fasa kedua bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024
- Penyaluran baucar buku IPT ini adalah melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
Syarat Kelayakan Baucar Buku IPT Fasa 2
Syarat kelayakan baucar buku Fasa 2 adalah seperti berikut:
- Pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT sahaja
- Pelajar status aktif sehingga 31 Mac 2024
- Peringkat Sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah
- Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
- Warganegara Malaysia sahaja
Semakan Penebusan RM100 Baucar Buku IPT MySISWAPLACE
Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:
- Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
- Kod akan dijana sekiranya layak.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
Tempoh Pembelian Buku
Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku sehingga 31 Disember 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi, atau ikuti FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.