Permohonan STR Fasa 1 2025 – Untuk makluman, permohonan STR Fasa 1 bagi tahun 2025 telah pun dibuka, info ini telah diumumkan melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
Pemohon boleh membuat permohonan STR berpandukan Manual Pengguna yang disediakan atau berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan sekiranya memerlukan sebarang bantuan.
Permohonan ini juga khas kepada yang belum membuat kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.
Informasi ringkas mengenai pemakluman ini boleh dirujuk di bawah.
Pemakluman Tarikh Permohonan Fasa 1 STR 2025
Permohonan Fasa 1 STR 2025 telah mula dibuka bermula 1 November 2024 akan ditutup pada 30 November 2024.
Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
Kaedah Permohonan:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR
Sumbangan Tunai Rahmah
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sejenis inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan 2024 bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Pemohon yang tiada dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2024:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
*Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19-59 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang
Cara Memohon
- Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR atauii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR bagi tatacara untuk membuat permohonan
- Kemas Kini STR boleh dikemukakan melalui:i. Secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR atauii. Secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024 bagi tatacara untuk membuat Kemas Kini STR 2024
- Kaedah penghantaran borang STR 2024 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
Peti Surat STR,
GPO Shah Alam,
40800 Shah Alam,
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR,
Pejabat STR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
Anak
- Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar yang dikeluarkan oleh JPN
Maklumat Lanjut STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.