Meskipun belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan ditanhkap khalwat, kedua-dua selebriti Ruhainies dan Aliff Aziz hanya membuat kenyataan melalui platform media sosial masing-masing.
Bagaimanapun menerusi satu laporan, Ruhainies menyatakan hubungannya dengan Aliff Aziz hanyalah kawan.
Katanya, hubungannya dengan Aliff adalah sebagai rakan artis sejak sekian lama dan kini menjalani penggambaran bersama-sama.
“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.
“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.
“Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.
Bukan tiga jam, tapi 30 minit
Dalam pada itu, dia turut menegaskan beberapa fakta yang tidak tepat berhubung dengan isu kontroversi baru-baru ini
“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.
“Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya.
Ruhainies turut mendakwa dia belum memberikan sebarang kenyataan dan segala yang dikeluarkan di mana-mana platform sebelum ini bukanlah kenyataannya. Katanya lagi, kenyataan rasmi akan dikeluarkan apabila tiba masanya nanti.
“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sumber: Harian Metro
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.