Malam Lailatulqadar merupakan malam yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Dikenali sebagai malam yang lebih bernilai daripada seribu bulan, 10 malam terakhir Ramadan adalah waktu yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Memandangkan malam ini menandakan permulaan 10 malam terakhir Ramadan 2025, marilah kita memperbanyakkan amalan ibadah dengan lebih tekun untuk mencari keberkatan Lailatulqadar, yang menjadi rahsia Allah SWT.

Berikut merupakan cadangan ibadah bagi tarikh 21, 23, 25, 27 dan 29 Mac 2025 setelah terbenamnya fajar:
1. 9:00 – 10:00 malam
*Membaca & Tadabbur Al-Quran. Tadabbur maksud ayat dan hayati maknanya.
– Baca sekurang-kurangnya 1 juzuk atau beberapa surah pilihan seperti Surah Al-Mulk, Yasin, dan Al-Kahfi.
2. 10:00 – 10:30 malam
*Solat Sunat Taubat & Hajat
– Solat Taubat (2 rakaat) – Mohon keampunan Allah atas segala dosa.
– Solat Hajat (2 rakaat) – Berdoa agar dikurniakan Lailatulqadar dan segala hajat dipermudahkan.
3. 10:30 – 11:30 malam
*Zikir & Doa Mustajab
– Berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar (100 kali setiap satu).
– Berdoa dengan doa Lailatulqadar:
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni”
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampuni, maka ampunilah aku).
4. 11:30 – 12:30 malam
*Solat Sunat Tahajjud & Witir
Solat Tahajjud (2 rakaat atau lebih) – Mohon ampun & hidayah.
Solat Witir (1, 3, atau 5 rakaat) – Sebagai penutup ibadah solat malam.
5. 12:30 – 1:00 pagi
* Membaca Al-Quran & Muhasabah Diri
– Fokus kepada surah-surah yang dianjurkan pada malam Lailatulqadar seperti Surah Al-Qadr dan Al-Ikhlas.
– Renungkan amalan diri dan bertaubat.
6. 1:00 – 3:00 pagi
* Qiamullail & Doa Berpanjangan
– Teruskan berzikir, solat, atau berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah.
– Mohon keberkatan, keampunan, dan doa untuk kesejahteraan diri serta keluarga.
7. 4:30- 5:30 pagi
Sahur & Istighfar sementara tunggu untuk solat Subuh.
*Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan Lailatulqadar dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin.
Sumber: Tiktok @hadihanafirz
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.