Tutorial Semak Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES (Online / SMS) – Terdapat beberapa cara semak saman Polis, JPJ atau AES dengan mudah dan pantas, semuanya di hujung jari.
Cara ini sememangnya membantu sebab kita tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.
Berikut perkongsian lima cara anda boleh semak saman sama ada saman trafik PDRM, JPJ atau AES secara online dan SMS.
Tutorial Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Jom kami kongsikan 7 cara untuk anda check saman secara online atau melalui SMS tanpa perlu ke kaunter.
1. Semakan Saman Polis Di MyBayar PDRM
Perkhidmatan digital terkini MyBayar PDRM bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar PDRM adalah seperti berikut:
- Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online.
Kadang-kadang kalau ada diskaun, boleh dapat diskaun dari RM250 jadi RM50 saja!
2. Cara Semak Saman Melalui Laman Web Rasmi JPJ (MySikap)
Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui laman web rasmi JPJ di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
Kalau nak tengok langkah terperinci daripada daftar akaun dan semakan saman di MySikap step-by-step, rujuk je artikel ni : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.
Bagi anda yang sedang mencari helmet cantik yang selamat, ada cop SIRIM dan JPJ-approved, rujuk senarai DI SINI.
3. Cara Semak Saman Melalui Sistem MYeG > MyBayar PDRM
Cara semak saman dengan MyEG adalah antara cara yang paling mudah dan pantas kerana anda juga boleh membuat bayaran terus sekiranya terdapat saman yang perlu dijelaskan.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah seperti langkah berikut:
- Pergi ke laman web rasmi MyEG Services Berhad di pautan berikut: https://www.myeg.com.my/services/pdrm
- Kemudian, pengunjung akan dibawa ke laman web MyBayar PDRM.
4. Cara Check Saman Melalui MYEG
Anda juga boleh check saman melalui laman web berikut: https://v2.myeg.com.my/JPJSUMMONS/summon_eng.jsp
Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit/Hantar’.
5. Cara Check Saman Melalui RILEK e-Service
- Layari Portal RILEK di pautan berikut: http://www.rilek.com.my/
- Untuk pengguna baru, sila daftarkan emel dan password anda.
- Kemudian, Log Masuk menggunakan nama (username) dan kata laluan (password) yang telah didaftarkan.
- Klik pada menu ‘Search By’ dan pilih semak, samada saman JPJ / PDRM.
- Masukkan maklumat yang diminta dan kemudian tekan butang ‘NEXT’
6. Cara Check Saman Melalui SSO-PDRM
Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.
Untuk menggunakan Portal SSO, sila layari: http://sso.rmp.gov.my/.
Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Setelah itu, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Untuk menyemak saman, klik pada ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.
7. Cara Semak Saman Trafik melalui SMS
A. Check Saman PDRM
Hantar mesej berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.
Atau,
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]<jarak>EMAIL dan hantarkan ke 32728.
- Contoh: POLIS SAMAN 880525015432 fzlnhshmxx@gmail.com
Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang anda berikan.
B. Check Saman JPJ
Hantar mesej berikut:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888.
Diskaun Saman Polis
Kebiasaannya, pihak PDRM akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman.
Untuk mendapatkan maklumat ini, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak mereka.
Untuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, anda boleh follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.