Tol Percuma Sempena Deepavali (11-12 November 2023). Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan tol percuma untuk semua jenis kenderaan sempena perayaan Hari Deepavali.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Indian beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.
Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempoh tol percuma ini untuk makluman bersama.
PEMBERIAN TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
- Bermula 11 November 2023 (Sabtu), 12.01 pagi hingga 12 November 2023 (Ahad), 11.59 malam.
- Untuk SEMUA jenis kelas kenderaan
- Di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
Cadangan Waktu Perjalanan
Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.
Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.
PLUS memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan Hari Deepavali dalam masa terdekat.
Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.
Bagi perjalanan yang lebih lancar di lebuh raya, pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet Touch ‘n Go untuk RFID telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi. Hati-hati memandu dan sentiasalah berhemah di lebuh raya.
Panduan Menikmati Tol Percuma Sempena Deepavali 2023 Di Lebuhraya PLUS
PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :
- Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
- Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
- Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
- Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.
Sumber: PLUS Malaysia
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.