Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM – Pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai mahupun bukan tunai yang disalurkan kepada rakyat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Terdapat beberapa jenis bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memfokuskan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM
Tarikh bayaran bantuan JKM pada bulan Jun 2024 adalah dari 1 hari bulan sehingga 10 hari bulan Jun. Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menghantar pemberitahuan tentang sebarang perubahan tarikh pembayaran dari semasa ke semasa.
Pembayaran akan dikreditkan secara langsung kedalam akaun bank penerima yang memenuhi syarat secara one-off.
Terdapat bantuan yang lain dimana pembayaran mungkin akan diawalkan atau dilambatkan sedikit, bergantung kepada cuti umum dan sistem pengurusan JKM.
Walaubagaimanapun, penerima bantuan boleh membuat semakan secara dalam talian untuk mengetahui status pembayaran bantuan, sama ada ia telah diproses dan dikreditkan ke akaun sebelum anda membuat pengeluaran di ATM / bank.
Jumlah Bayaran Bantuan Bulanan JKM untuk bulan Jun
Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Sehingga RM1000 sebulan setiap keluarga
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM250 hingga RM500 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM350 sebulan
- Bantuan Warga Emas (BWE) – RM500 sebulan
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
- Bantuan Geran Pelancaran (GP) – RM2700 secara one-off
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar – Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Alat Sokongan atau Alat Tiruan (BAT)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BKB)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Permohonan Online Bantuan Bulanan JKM
- Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
Borang Berkaitan
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
Semakan Status Permohonan
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
- Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)
- Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
- Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Cara Semakan Melalui Apps eMaklum
- Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
- Tekan ‘Carian Dokumen’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
- Masukkan nombor akaun bank anda
- Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
- Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
- Tekan butang ‘Cari’
- Maklumat pembayaran akan dipaparkan
Cara Semakan Tarikh Melalui Portal eMaklum
eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.
Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan nombor IC anda.
- Pilih tarikh semakan.
- Tekan semak.
- Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.
Mаklumаt Lanjut & Pertanyaan
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.