Berita baik untuk golongan B40 dan M40 berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia BKM.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ibu bapa tunggal bakal menerima bantuan maksimum RM2500 sekiranya layak.
APAKAH BKM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Tengku Zafrul Aziz ketika ucapannya dalam pembentangan bajet belanjawan 2022 baru-baru ini telah menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia beberapa pakej bantuan telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada tahun ini.
Menerusi dalam pembentangan tersebut, salah satu inisiatif yang menjadi tumpuan buat rakyat Malaysia iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana sejumlah RM8.2b diperuntukkan telah memanfaatkan 9.5juta penerima bagi semua kategori.
Bagi kategori ibu atau bapa tunggal juga tidak ketinggalan dalam menerima manfaat ini bahkan kategori ini layak menerima bantuan maksimum sebanyak RM2500 sekiranya layak.
Ikuti perkongsian dibawah bagi kategori ini.
Bayaran ibubapa tunggal BKM, memulih kehidupan dan mata pencarian, bantuan tunai langsung dan kebajikan. Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberi bantuan tambahan kepada penerima sekiranya layak iaitu ibubapa tunggal mempunyai jumlah anak menepati syarat, tambahan bantuan sebanyak RM500 ataupun RM300 bagi ibubapa tunggal yang mempunyai isi rumah berstatus warga emas dan mempunyai anak melepasi syarat.
Tambahan bayaran:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Kesimpulan ini, bantuan bagi status ibubapa tunggal akan diberikan sebanyak RM2000, sekiranya mempunyai 3 orang anak dan tambahan RM500 bagi ibubapa tunggal. Maka jumlah bantuan adalah RM2500.
Berikut adalah jadual ringkasan agar lebih mudah difahami.
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. - Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
Gagal Kredit :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Tiada Akaun Bank :
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.