
SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN – Nama lain bagi program ini adalah PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT yang diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Mekanisme program SYUKUR ini adalah di mana ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 secara bulanan dan berperingkat setiap suku tahun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Bantuan ini mempunyai beberapa syarat yang perlu ada pada penerima bantuan iaitu:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH
Kerajaan Negeri Sabah telah pun mengumumkan tarikh rasmi untuk penyaluran bantuan iaitu bermula pada:
- Bantuan telah mula disalurkan bermula
17 Februari 2025, Isnin - Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama.
Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Setiap penerima yang berkelayakan akan disalurkan bantuan berjumlah seperti berikut:
- Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar- Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900. Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH
Rakyat yang menepati semua syarat kelayakan dan berstatus miskin dan miskin tegar eKasih adalah layak untuk menerima bantuan. Rujuk panduan dibawah untuk membuat semakan:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.