SYUKUR Fasa 3 Tarikh Agihan Bantuan – Fasa 3 merangkumi bulan Julai hingga September 2025, di mana pembayaran bantuan tunai sebanyak RM900 (RM300 sebulan untuk 3 bulan) dijadualkan bermula pada Ogos atau September 2025.
Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi.
Pembayaran dalam Fasa 3 akan dilakukan kepada penerima yang layak sama ada melalui kredit terus ke dalam akaun bank masing-masing atau secara tunai bagi mereka yang tiada akaun bank.
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar merupakan sebuah program yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah. Bantuan ini dianggarkan dapat membantu 100,000 ribu penerima di negeri tersebut.
Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.
Antara objektif program ini adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan penerima bagi memenuhi keperluan asas mereka
- Menyokong golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa
- Mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah menerusi bantuan berterusan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima RM 300 setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Namun begitu bayaran ini akan disalurkan setiap tiga bulan, dalam empat fasa yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Bagi penduduk negeri Sabah yang ingin memohon bantuan SYUKUR ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:
- Kriteria asas:
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
- Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
- Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Cara Permohonan SYUKUR
Bagi anda yang terlepas untuk memohon bantuan ini, anda masih boleh melakukan permohonan SYUKUR dengan cara berikut:
- Pergi ke portal rasmi PADANS
- Pilih menu “Permohonan Baharu SKR” di bahagian atas laman web.
- Isi maklumat lengkap yang diperluka.
- Klik butang “Daftar Pengguna”
- Lengkapkan borang permohonan yang diberikan/
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan.
Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 3
Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan.
Bagi SYUKUR Fasa 2, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi. Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.
Cara Salur Bantuan SYUKUR Fasa 3
Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR fasa 2 ini, ia akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :
- Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
- Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.
Sumber: SYUKUR FAQ
Kaedah Pembayaran Bantuan
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207];
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.