SYUKUR Fasa 2 Tarikh Agihan Bantuan

SYUKUR Fasa 2 Tarikh Agihan Bantuan – Berikut adalah perkongsian serba sedikit maklumat berkenaan program SYUKUR Fasa 2.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabar merupakan sebuah program yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan penduduk B40 di negeri Sabah. Bantuan ini dianggarkan dapat membantu 100,000 ribu penerima di negeri tersebut.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Program ini selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam melakukan pembasmian kemiskinan.

Antara objektif  program ini adalah untuk:

  • Meringankan beban kewangan penerima bagi  memenuhi keperluan asas mereka
  • Menyokong golongan yang memerlukan agar dapat  menjalani kehidupan yang lebih selesa
  • Mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah  menerusi bantuan berterusan
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap  kesejahteraan rakyat. 

Melalui program ini, penerima bantuan tunai ini, akan menerima RM 300 setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Namun begitu bayaran ini akan disalurkan setiap tiga bulan, dalam empat fasa yang telah ditetapkan. 

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan 

Bagi penduduk negeri Sabah yang ingin memohon bantuan SYUKUR ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:

  • Kriteria asas:
    • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Serta memenuhi salah satu kriteria berikut:
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.
  • Bagi kategori miskin
    • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
  • Bagi kategori miskin tegar
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Cara Permohonan SYUKUR

Bagi anda yang terlepas untuk memohon bantuan ini, anda masih boleh melakukan permohonan SYUKUR dengan cara berikut: 

  1. Pergi ke portal rasmi PADANS 
  2. Pilih menu “Permohonan Baharu SKR” di bahagian atas laman web.
  3. Isi maklumat lengkap yang diperluka.
  4. Klik butang “Daftar Pengguna”
  5. Lengkapkan borang permohonan yang diberikan/
  6. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan.

Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 2

Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan. 

Bagi SYUKUR Fasa 2, tarikh bayaran belum dimaklumkan lagi. Namun begitu anda tidak perlu risau kerana kami akan memaklumkan segala maklumat berkenaan tarikh bayaran ini dari semasa ke semasa.

Cara Salur Bantuan SYUKUR fasa 2

Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR fasa 2 ini, ia akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :

  • Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.

Sumber: SYUKUR FAQ

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version