Syarat Kelayakan Bantuan E-Tunai RM100 Untuk Rakyat Malaysia dikongsikan dalam artikel ini. Bagi pembaca yang belum mengetahui boleh semak di halaman ini.
Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.
Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.
BANTUAN E-Tunai RM100
Bantuan e-Tunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Bantuan ini tidak diberikan secara tunai akan tetapi diberikan secara kredit elektronik wallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.
SYARAT KELAYAKAN E-TUNAI RM100
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayaran bantuan e-tunai ini, kerajaan telah memaklumkan ianya akan dilaksanakan pada suku ke-4 tahun 2023. Ini bermakna, bayaran tersebut akan bermula Oktober nanti.
Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;
- Suku pertama – Januari hingga Mac
- Suku kedua – April hingga Jun
- Suku ketiga – Julai hingga September
- Suku keempat – Oktober hingga Disember
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.
MANFAAT BANTUAN E-TUNAI RM100
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan inisiatif ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai.
“Dengan pelaksanaan konsep ini, rakyat akan menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan mereka.
“Ini juga sedikit sebanyak membantu perbelanjaan rakyat bagi berhadapan dengan ekonomi masa depan iaitu eonomi digital dan masyarakat tanpa tunai, di samping untuk memperkembangkan ekonomi setempat.
“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan berkembang. Ini antara puluhan perkara yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya menyentuh sedikit sahaja,” katanya.
MAKLUMAT LANJUT
Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.