Skip to content

Syarat Dan Cara Mohon Bantuan BKK RM1000

Syarat Dan Cara Mohon Bantuan BKK RM1000 – Terdapat pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pelaksanaan BKK di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan BKK Maksimum RM1,000 setiap sebulan

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah bantuan bulanan di bawah JKM. Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar BKK yang ditetapkan adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200: 6 tahun dan ke bawah
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1,000: Maksimum untuk keluarga

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Mohon Bantuan BKK RM1000

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BKK ini boleh dibuat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen – doumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Diingatkan bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.