Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bernilai RM1.67 bilion secara berperingkat mulai 17 Januari 2023. Sebelum ini disebut sebagai Bantuan Tunai Rakyat.
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah dan mudah terjejas.
Pada hari ini 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim telah telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebentar tadi.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Melalui kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sebentar tadi, bantuan yang telah dilaksanakan sebelum ini akan ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau berkata, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Kerajaan telah bersetuju akan mula melaksanakan bayaran STR Fasa 1 berkuatkuasa bermula :
- 17 JANUARI 2023 (ESOK)
Semakan juga boleh dibuat melalui portal rasmi ini https://bantuantunai.hasil.gov.my bermula 17 Januari 2023
KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR FASA 1
Berikut adalah kategori bagi penerima bayaran STR Fasa 1 ini :
- Kategori Isi Rumah (Keluarga)
- Kategori Bujang
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
KADAR BAYARAN BTR FASA 1
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
Melalui pelaksanaan STR Fasa 1 ini, ianya akan memanfaatkan seramai 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion.
Maklumat Penting
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023.
Semak Status Pembayaran
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023, dan maklumat lanjut berkaitan dengan pembayaran ini boleh dirujuk dalam soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan:
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.