Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah disalurkan bermula Selasa yang lalu dan ianya dilakukan secara berperingkat.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau orang ramai memanggil sebelum ini sebagai Bantuan Tunai Rakyat, adalah bantuan tunai yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia selepas Kerajaan Perpaduan terbentuk.
Datuk Sri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan dimana BKM/BTR telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Pihak Mynewskini berkongsi maklumat tengang permohonan baru dan informasi tentang kemaskini maklumat STR 2023.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Menurut beliau, pembayaran STR Fasa 1 akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.
SEMAKAN STR 2023
Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Perdana Menteri melalui kenyataan medianya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan STR Fasa 1 akan berkuatkusa bermula :
- 17 Januari 2023
PERMOHONAN BARU & KEMASKINI STR
Untuk pendaftaran dan kemaskini STR 2023 ini, berikut adalah cara-caranya :
Permohonan STR 2023
- Klik MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Siap dan berjaya mendaftar.
Kemaskini STR 2023
Untuk makluman kepada anda semua, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) fasa 1 ini, sebarang kemaskini maklumat tidak diperlukan.
Ini kerana, bayaran akan dikreditkan automatik mengikut maklumat data BKM 2022 lalu.
KADAR BAYARAN FASA 1
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :
- Kategori Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
UNTUK INFO PANTAS, SILA IKUTI CHANNEL TELEGRAM MYNEWSKINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.