Sumbangan Tunai Rahmah 2024 diperuntukkan meningkat sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringit Malaysia.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Syarat Kelayakan STR 2024
Isi Rumah
- Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia degan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memilik pengenalan Malaysia
- Bukan warganegara Malaysia selain pengenalan MyPR / MyKAs
- Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan kebawah atau 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Warga emas bujang / tiada pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Penerima STR 2024
Isi Rumah
- Kahwin (ada atau tiada anak), atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
Warga emas bujang / tiada pasangan
- Bujang, atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
- Had umur 60 tahun dan keatas
Bujang
- Bujang, atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak, serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun, atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
Cara Memohon STR 2024
- Secara dalam talian layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hadir ke
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL)
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan borang permohonan STR
- Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui pautan Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Kaedah Penghantaran Borang & Dokumen Sokongan
- Muat naik secara dalam talian di Portal Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baru, atau
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL, atau
- Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Pemohon
- Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan JAIN / JPN
- Salinan sijil kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
- Salinan sijil perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN
- Salinan sijil Dekri Nasi / Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan
- Salinan kad pengenalan pasangan (MyKas, MyPR, MyKas)
- Salinan passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / KP Lama
Anak
- Anak kandung : Salinan MyKad / MyKid dan salinan sijil lahir yang dikeluarkan oleh JPN
- Anak angkat :Salinan MyKad / MyKid dan salinan sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Maklumat Penting :
Pemohon yang perlu membuat kemaskini
- Permohonan yang tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut turut sepanjang perlaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pedalaman Sabah / Sarawak
- Penerima STR 2023 yang mempunyai penambahan maklumat
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR
Permakluman Keputusan Permohonan STR 2024
Semakan secara dalam talian https://bantuantunai.hasil.gov.my atau semakan secara aplikasi mobil Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store bagi platform Android.
Saluran Pertanyaan
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 4566
Emel: str@mof.gov.my
Laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
Alamat :
Alamat Kementerian Kewangan,
Sekretiat STR,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Jadual Pembayaran STR 2023
Pembayaran STR 2024 dijadualkan kepada 4 fasa:
- Fasa 1 : Februari 2024
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Nilai Bantuan STR 2024
Jadual di bawah merupakan nilai dan kadar bantuan STR 2024:
Skim Khairat Kematian (SKK)
Amaun
- RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
Kelayakan
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Meninggal dunia pada tahun 2024
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
Kaedah Tuntutan
- Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
- Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal / salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.