Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mulai Dikreditkan secara berperingkat. Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR Tambahan
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran Bantahan Tambahan STR 2023
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Sila rujuk jadual berikut :
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut Bantuan Tambahan STR 2023
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.