Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sumbangan bakul makanan yang diberikan kepada penerima STR yang berada dalam kategori miskin tegar.
Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Madani dalam meringankan beban rakyat yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan SARA ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel ini.
Sumbangan Asas Rahmah 2024 merupakan bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas selama setahun.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan ini akan diberikan kepada penerima bantuan STR yang tergolong dalam kategori miskin tegar di bawah sistem e-Kasih.
Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Dalam Belanjawan 2024, bantuan ini telah diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/50sebulan untuk 12 bulan dengan kaedah yang sama (melalui MyKad)
Pelaksanaan SARA ini akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).
Table of Contents
Kategori Penerima Sumbangan Asas Rahmah 2024
Bagi STR 2024, penerima bantuan SARA ini telah dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Isi Rumah Miskin Tegar dan Miskin
- Warga Emas
- Bujang
Dan bantuan yang diterima juga adalah berbeza mengikut kategori, dengan penerima bantuan SARA dari kategori Isi Rumah Miskin Tegar dan Miskin eKasih dan Warga Emas akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 selama 12 bulan.
Manakala, bagi penerima bantuan SARA berstatus bujang pula, anda akan menerima bantuan sebanyak RM600 selama 12 bulan juga.
Kelayakan Penerima SARA
Kelayakan bantuan SARA ini adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Kaedah Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024
Sumbangan Asas Rahmah 2024 ini akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak. Dengan menggunakan Kad Pengenalan, penerima yang memenuhi syarat akan menerima kredit dalam akaun mereka yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan di pasaraya terpilih.
Cara Semak Baki SARA (2024)
Sebelum ini, semakan baki bantuan SARA ini hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih atau melalui resit pembelian seperti di bawah sahaja.
Namun kini, bagi penerima bantuan jenis ini, anda sudah boleh melakukan semakan baki sumbangan dengan menggunakan aplikasi MyKasih dengan mudah.
Anda boleh melakukan semakan baki ini dengan memuat turun aplikasi ini berdasarkan telefon pintar anda. Kemudian anda hanya log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda untuk melihat baki SARA anda.
Kaedah Penebusan Bantuan SARA
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk
membeli barangan keperluan asas di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuklah:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- serta pasar raya dan pasar mini bebas yang tersenarai di sini.
Pembelian tersebut boleh dilakukan dengan cara berikut:
Kaedah pembelian barangan keperluan menggunakan sumbangan asas rahmah ini adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Contoh Barangan Yang Boleh Dibeli
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti di bawah SAHAJA. Selain daripada barangan di bawah, penerima bantuan perlu menggunakan duit mereka sendiri:
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang berminat ingin mengetahui lebih lagi berkenaan Sumbangan Asas Rahmeh ini anda boleh pergi ke laman rasmi STR untuk mendapatkan maklumat tambahan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.