STR Tambahan (SARA) telah mula dikreditkan pada 17 Julai 2023. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini disalurkan melalui bentuk bakul makanan secara baucar untuk barangan keperluan makanan asas.
Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar mulai 17 Julai 2023.
Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023.
Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai hingga Disember 2023.
Barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Tarikh Pembayaran RM600
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SArA ini adalah berbeza mengikut negeri masing.
Pelaksanaan SARA akan dibuat mulai Isnin 17 Julai 2023 bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 7 Ogos 2023 seperti berikut:
Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
- Mulai 17 Julai 2023 (ISNIN)
- Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
- Mulai 31 Julai 2023 (ISNIN)
- Bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai-Disember 2023) secara automatik melalul akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
- Mulai 7 Ogos 2023 (ISNIN)
- Bayaran RM600 sekall gus pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan
- Pilih Barangan Keperluan Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu;
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
Barangan makanan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan makanan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
Semakan Status eKasih
Bagi mengetahui sama ada nama anda tersenarai dalam data eKasih, semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa – ) contoh 850101012221
- Klik untuk carian
Mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nama
- KIR / AIR
- Nama KIR
- Status Daftar
- Negeri
- Daerah
Semakan Status MyKasih
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima RM600 bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
- Melalui surat pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
- Langkah 4 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula dan program berakhir
Semakan Melalui Portal MySTR
Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut.
- Portal Rasmi : (bantuantunai.hasil.gov.my)
- 1-800-88-2747 (9 AM-5 PM)
- 03-8882 4565 / 03-8882 4566
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Ada tiga anak sekolh … Rumah sewa ada banyn susah ..