STR Fasa 4 Bayaran Telah Mula Diagihkan 18 Oktober. Jumlah bayaran bagi setiap kategori juga telah diumumkan. Untuk semakan status, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2025 ini
SIARAN MEDIA BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 4 SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 DIAWALKAN MULAI 18 OKTOBER 2025



STR Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 18 Oktober 2025. Tarikh rasmi ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : 18 Oktober 2025
Untuk Fasa 4, jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah, anda akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, Warga emas pula RM150 dan golongan Bujang akan menerima RM150.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
