STR Fasa 3 Kemas kini maklumat peribadi anda sewaktu skrin kemas kini dibuka secara bertempoh.
Pada bulan Jun ini terdapat dua tarikh skrin yang dibuka di halaman rasmi Bantuan Tunai LHDN.
Berikut adalah info ringkas mengenai tempoh kemas kini maklumat STR Fasa 3.
Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3
Bantuan ini merupakan kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
STR ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) mengikut kadar pendapatan serta tanggungan masing-masing. Ia juga diberikan kepada kategori merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.
STR Fasa 3 Kemas Kini Maklumat
Skrin Kemas Kini Maklumat Asas STR 2024 telah dibuka mulai 29 Januari 2024 secara bertempoh seperti di bawah:
*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Maklumat asas yang dibenarkan adalah seperti berkut:
- No. Telefon Rumah Pemohon
- No. Telefon Bimbit Pemohon
- Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
- No. Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
Kaedah pengemaskinian :
- Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.Sila klik Borang BK-02 (Borang Permohonan Kemas Kini Maklumat Permohonan STR 2024
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat STR 2024
Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada Ogos 2024.
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Kaedah Bayaran
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima;
- Pengkreditan ke akaun bank pasangan sekiranya penerima tiada maklumat akaun bank;
- Pembayaran secara tunai dan boleh terus ke Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Info Penting
Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah/ Sumbangan Asas Rahmah untuk menghubungi orang
ramai secara rawak dan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.
Orang ramai diingatkan untuk terus membuat laporan polis sekiranya menerima
panggilan sedemikian.
MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian
telefon rasmi MOF. Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari
orang ramai bagi sebarang tujuan.
Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah/Sumbangan Asas Rahmah MOF iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Could your child’s favorite online games be a gateway to danger? Learn about the risks and how to mitigate them.
Learn more here https://bit.ly/your-child-is-safe