Skip to content

STR Fasa 3 Bayaran Bermula 12 Ogos 2025

Str fasa 3

STR Fasa 3 Bayaran Bermula 12 Ogos 2025Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 12 Ogos 2025.

Semakan status dan bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Kaedah Pembayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 akan dibayar secara berperingkat pada 12 Ogos 2025

STR Fasa 3 Bayaran Bermula 12 Ogos 2025

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Setiap Kategori

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan pendapatan isi rumah atau individu bujang/warga emas tiada pasangan. Bayaran STR dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun.

1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan

a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500

(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000

(Berumur ≥ 60 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

2. Kategori Isi Rumah

Ringkasan Penting

  • STR Fasa 3 dan Fasa 4 2025 akan dibayar mengikut kategori dan jumlah kelayakan yang telah diluluskan dalam permohonan.
  • Penerima perlu memastikan maklumat akaun bank adalah tepat untuk memudahkan proses bayaran.
  • Jadual ini merangkumi semua kategori utama termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah.

Dengan rujukan jadual di atas, penerima boleh menganggarkan jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa STR 2025.

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3, sila rujuk lampiran Soalan Lazim berikut (dikemaskini 11 Ogos 2025) :

Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.