Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat mengikut kategori dan biasanya diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.
Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500. Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 bagi beberapa kategori.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Semakan Status STR
Semakan status permohonan anda boleh di buat melalui cara berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Boleh rujuk cara untuk membuat semakan status permohonan di bawah:
- a. Klik log masuk MySTR
- b. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- d. Masukkan Kata Laluan
- e. Klik Semakan permohonan
- f. Maklumat yang akan dipaparkan:
- i. Status Permohonan
- ii. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Lupa Kata Laluan/Reset Password
Bagi mereka yang lupa kata laluan yang di daftarkan di laman boleh lakukan ‘reset :
- Reset password melalui email dengan Klik TERLUPA KATA LALUAN di portal MySTR. Kata laluan sementara akan dihantar terus ke alamat emel yang dimasukkan. Log masuk semula dengan kata laluan sementara dan bina kata laluan baru yang senang diingat.
- Soalan Keseleamatan
- Jika e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM atau percukaian / e-mel tidak sah tidak boleh Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat dan pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej ” Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 2 kali.akaun anda akan disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam
- Cara paling pantas telefon sahaja talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula/reset akaun
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
- Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
- Portal Rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/ atau https://budget.mof.gov.my/ms/
- Laman Sosial Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.