STR FASA 1 2025 SENARAI KATEGORI AKAN TERIMA BAYARAN RM150 SEHINGGA RM500

STR FASA 1 2025 SENARAI KATEGORI AKAN TERIMA BAYARAN RM150 SEHINGGA RM500.

Dianggarkan seramai 8.3 juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula 22 Januari ini. Seperti yang sedia maklum, bayaran bantuan tunai ini akan disalurkan secara berperingkat.

Untuk makluman, kadar bayaran yang akan diterima oleh individu yang berkelayakan adalah berbeza, ianya mengikut kategori masing-masing.

STR Fasa 1 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dariapda inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalam mengurangkan kos sara hidup.

STR mempunyai 4 Fasa yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2025.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1

Bayaran dan penyaluran STR Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada 22 Januari. Penyaluran ke akaun bank akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut akaun bank penerima masing-masing.

KATEGORI KELAYAKAN STR FASA 1

Setiap penerima akan melalui beberapa kategori kelayakan. Berikut adalah kategori-kategori nya :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Untuk makluman, bayaran bagi setiap penerima yang layak adalah berbeza. Ianya mengikut pada kategori masing-masing. Berikut adalah senarai kategori yang akan terima bayaran Fasa 1 :

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1

Bayaran STR 2025 Fasa 1 nanti akan dikreditkan kepada dua cara iaitu :

  • Kredit ke Akaun Bank:
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

SEMAKAN STR FASA 1

Berikut adalah cara untuk membuat semakan STR 2025 Fasa 1 iaitu secara online :

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai info bantuan yang kami kongsikan ini, berikut adalah pautan rasmi yang boleh anda lawati :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version