STR 2025 Fasa 3 – Kerajaan Malaysia terus menunjukkan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat melalui kesinambungan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dalam Belanjawan 2025.
Bantuan ini adalah antara inisiatif penting yang memberi sokongan kewangan langsung kepada golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat tekanan kos sara hidup dan inflasi semasa.
STR 2025 FASA 3
STR 2025 Fasa 3 ialah bantuan tunai langsung daripada kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Kelayakan STR ditentukan berdasarkan data pemohon yang berpendapatan rendah, selaras dengan garis panduan LHDN.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 3
Bayaran STR Fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat pada bulan Ogos 2025. Berikut adalah jadual bayaran bagi Fasa 1, 2, 3, dan 4 yang telah diumumkan:
- Fasa 1 – 22 Januari 2025
- Fasa 2 – 27 April 2025
- Fasa 3 – Ogos 2025
- Fasa 4 – November 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 3
Jumlah bantuan yang diterima oleh penerima STR Fasa 3 bergantung kepada kategori penerima dan status pendapatan mereka. Berikut adalah jumlah bayaran yang ditetapkan:
- Isi Rumah / Berkahwin : RM150 – RM650
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang : RM50
Jumlah sebenar mungkin berbeza bergantung kepada status perkahwinan, bilangan anak, dan kemaskini data terkini. Mereka yang menerima tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga akan mendapat nilai tambahan melalui pembelian tanpa tunai menggunakan MyKad.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 3
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan STR Fasa 3, anda boleh membuat semakan status kelayakan melalui pautan berikut:
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:
- Layari laman web rasmi STR – DI SINI
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Masukkan kata kunci keselamatan untuk pengesahan.
- Status kelayakan anda dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Pastikan untuk menyemak status permohonan dengan teliti, kerana terdapat pelbagai status yang mungkin muncul, termasuk “Lulus” yang merujuk kepada kelulusan permohonan asas STR atau tambahan STR, seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk golongan miskin tegar.
LANGKAH MENGATASI MASALAH LUPA KATA LALUAN STR
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk ke portal STR kerana terlupa kata laluan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Layari laman web STR di pautan STR – DI SINI.
- Klik pada pilihan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor MyKad dan e-mel yang didaftarkan.
- Ikut langkah-langkah yang diberikan untuk mengubah kata laluan dan mengesahkan perubahan tersebut.
- Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh dirujuk melalui laman web rasmi STR atau hubungi talian bantuan yang disediakan.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 FASA 3
STR Fasa 3 akan disalurkan melalui dua kaedah utama:
1. Kredit ke Akaun Bank
- Automatik kepada akaun bank berdaftar dengan LHDN.
- Notifikasi melalui SMS atau emel akan dihantar jika maklumat dikemaskini.
- Pastikan akaun bank masih aktif.
2. Tuntutan Tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Untuk penerima yang tiada akaun bank atau bayaran gagal dikreditkan.
- Hanya perlu hadir ke cawangan BSN berdekatan dengan MyKad untuk tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaa tentang STR Fasa 3, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.