STR 2025 FASA 3 Bayaran Kategori Isi Rumah Berkahwin. STR 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan M40 dengan memberikan bantuan kewangan tidak kira bagi yang masih bujang atau sudah berkahwin.
Secara umumnya, syarat kelayakan STR 2025 bagi ketiga-tiga kategori iaitu bujang, Warga Emas Tiada Pasangan, Isi Rumah (Berkahwin) adalah berbeza dan jumlah bantuan yang diberikan juga berbeza.
Syarat Kelayakan STR 2025 (Berkahwin)
Anda layak mendapat bantuan STR 2025 bagi kategori isi rumah sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
STR Fasa 3 – Kategori Keluarga / Berkahwin
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan mulai OGOS 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.
Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.
Jika nama anda tiada dalam pangkalan STR, jangan risau kerana permohonan baharu dibuka sepanjang tahun.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 (Kategori Berkahwin/Keluarga)
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025,
- Fasa 1 22 Januari 2025
- Fasa 2 24 Mac 2025
- Fasa 3Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan)
- Fasa 4 November 2025
- Tarikh sebenar untuk FASA 3 akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah Bantuan STR 2025 – Fasa 3
Jumlah bantuan STR 2025 bagi setiap pasangan ini berbeza mengikut jumlah pendapatan isi rumah dan jumlah anak yang dimiliki oleh sesebuah pasangan itu.

Berapa bayaran Fasa 3 STR 2025 yang akan diterima bagi setiap kategori yang layak?
- Kategori Isi Rumah <RM2500 : AKAN DIKEMASKINI KELAK
- Isi Rumah (RM2500-RM5000) : AKAN DIKEMASKINI KELAK
- Bujang : AKAN DIKEMASKINI KELAK
- Warga Emas Tiada Pasangan : AKAN DIKEMASKINI KELAK
Cara Tukar Status Dari Bujang Kepada Berkahwin
Sekiranya anda baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anda perlu mengemaskini permohonan anda kerana syarat kelayakan individu bujang dan pasangan yang sudah berkahwinan adalah berbeza.
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login di portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Kemaskini Permohonan”
- Tukar status perkahwinan daripada Bujang ke Kahwin
- Isi tarikh perkahwinan
- Isi maklumat pasangan
- Isi maklumat anak (jika ada)
- Kemaskini maklumat waris
- Tekan butang “Teruskan”
- Isi kod dan sahkan CAPTCHA
- Tick kotak Perakuan Permohonan
- Klik Hantar
- Tekan butang Cetak untuk cetak salinan permohonan anda
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.