STR 2025 – Tahun 2025, kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.
Untuk memastikan anda terus layak menerima bantuan ini, penerima STR yang mempunyai perubahan data atau belum pernah melakukan kemaskini secara tiga tahun berturut-turut, perlu membuat kemaskini STR 2025 yang tutup pada 30 November lalu.
Berikut ada ringkasan mengenai STR 2025 dan soalan lazim bagi menjawab pertanyaan pemohon.
Table of Contents
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Rujuk syarat-syarat kelayakan STR mengikut kategori di bawah. Pastikan anda memeriksa syarat kelayakan dengan teliti sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
Berikut syarat-syaratnya:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
- mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA:
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
CARA MOHON STR 2025
Sekiranya anda menepati beberapa ciri diatas, anda boleh kemukakan permohonan baru. Berikut adalah cara untuk mohon :
- Permohonan Secara Dalam Talian
- i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my;
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Permohonan Secara Manual di Pejabat Hasil
Selain secara online, anda juga boleh memohon STR 2025 secara manual di pejabat hasil berdekatan. Rujuk langkah-langkahnya di bawah ini:
- Dapatkan borang permohonan. Borang permohonan STR boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah atau di pejabat LHDNM berdekatan.
- Isi borang dengan lengkap. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pemprosesan.
- Sediakan dokumen sokongan yang mungkin diperlukan, seperti: Salinan MyKad pemohon, Salinan sijil perkahwinan/perceraian/kematian (jika berkenaan), Salinan MyKad/MyKid anak-anak (jika berkenaan), Bukti pendapatan terkini, dan sebagainya.
- Serahkan borang yang telah diisi berserta dokumen sokongan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berdekatan anda.
- Jika memerlukan bantuan, anda boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di pejabat LHDNM.
Rayuan STR 2025
Bagi pemohon yang TIDAK LAYAK, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Rujuk cara-caranya di bawah:
- Layari laman rasmi Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ menggunakan peranti yang disambungkan ke internet. Portal ini boleh diakses melalui komputer, telefon pintar, atau tablet.
- Log masuk ke akaun anda.
- Seterusnya, klik butang “Permohonan Semakan Semula (Rayuan)”
- Lengkapkan semula borang dengan maklumat yang diperlukan.
- Buat semakan, dan sahkan.
- Hantar. Selesai.
NOTA:
- Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat untuk semua pemohon yang berstatus “Tidak Lulus”, kecuali untuk kes Kod Duplikasi dan Kod 32 (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian)
- Walaupun tiada tempoh masa yang tepat dinyatakan, biasanya proses rayuan mengambil masa beberapa minggu untuk diproses. Pemohon dinasihatkan untuk menyemak status rayuan secara berkala melalui portal rasmi dan menghubungi talian hotline STR jika tiada maklum balas selepas tempoh yang munasabah.
- Jika rayuan diluluskan, pembayaran akan bermula dari fasa seterusnya.
Kadar Bayaran STR 2025
Bagi tahun 2025, kadar bayaran STR akan dinaikkan bagi setiap kategori. Ia merupakan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selama ini.
Peningkatan ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Berikut ialah kadar peningkatan bayaran STR 2025:
- Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
- Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.