STR 2024 Kadar Bayaran Baharu bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024 dinaikkan mengikut kategori.
Hal ini dibentangkan semasa Belanjawan 2024 yang berlangsung pada 13 Oktober 2024 oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat’, tiga tumpuan utama belanjawan 2024 adalah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Antara inisiatif yang menjadi tumpuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 nanti. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
STR 2024
Sebelum ini, bantuan tunai seperti BPR, BKM dan STR 2023 hanya memanfaatkan kepada 8.7 juta penerima sahaja. Akan tetapi, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 9 juta penerima yang layak pada tahun 2024 nanti.
Bukan itu sahaja, kadar maksimum dan beberapa kadar bayaran untuk kategori pun turut dinaikkan sehingga RM3700.
Untuk makluman, peruntukkan bagi bantuan tunai ini telah dinaikkan sebanyak RM10 bilion berbanding pada tahun 2023 sebanyak RM8 bilion.
JUMLAH BAYARAN
Perdana Menteri sentiasa mengambil kira dengan beban kewangan yang terpaksa tanggung. Oleh itu, bayaran bantuan tunai ini telah dinaikkan kepada :
- Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
- Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
- SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)
Jika dilihat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), tempoh bayarannya pun akan berjalan selama 12 bulan. Sebelum ini, tempohnya hanya berjalan 6 bulan sahaja.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang anda tahu, kebiasaannya kadar bayaran bagi fasa pertama bantuan tunai ini maksimum RM300 saja, pada tahun hadapan ianya akan dinaikkan sebanyak RM500 bermula :
- Februari 2024
PERMOHONAN STR 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam ucapannya petang kelamarin bahawa, tempoh untuk permohonan baharu boleh dikemukakan bermula NOVEMBER 2023, iaitu bulan hadapan.
Info : Berbeza dengan permohonan sebelum ini, ianya ada tarikh tempoh tertentu. Kali ini, permohonan baharu bagi bantuan ini dibuka SEPANJANG TAHUN
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.