STR 2024 – permohonan baharu dan kemaskini maklumat peribadi dan pasangan telah dibuka sehingga sejak 1 November sehingga ke penghujung tahun 2023.
Jumlah bantuan dan tarikh pembayaran bagi STR 2024 semua fasa dikongsikan di halaman ini. Berikut adalah informasi mengenai perkara ini.
Tarikh bayaran dan jumlah bayaran telah dimaklumkan dan ianya boleh disemak melalui portal rasmi MYSTR 2024.
STR 2024
Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2024 merupakan sebuah bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40/M40).
Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 9 juta penerima pada tahun hadapan. Ianya merangkumi beberapa kategori penerima iaitu, kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Walaubagaimanpun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan.
JUMLAH BAYARAN STR 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan terdapat kenaikan pada kadar bayaran STR tahun hadapan. Ianya dilakukan setelah pihak sedar rakyat Malaysia ketika ini menghadapi masalah dengan keadaan kewangan mereka.
Selain itu, beliau berkata bahawa bayaran fasa pertama akan dinaikkan sebanyak RM500 berbanding STR 2023 hanya RM350 sahaja. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada Sumbangan Tunai Rahmah 2024 nanti mengikut setiap kategori penerima :
SYARAT KELAYAKAN STR 2024
Bantuan tunai ini hanya akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Maka oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :
- Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Maklumat Lanjut
Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terdapat pelbagai lagi bantuan yang dikongsikan oleh pihak Mynewskini daripada pihak kerajaan. Ketahui jenis bantuan lain, sila rujuk SINI
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.