STR 2024 Fasa 4 kategori bujang dapat RM100, terdapat penambahan dan peningkatan peruntukan kepada Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2024.
Kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 ada tiga, iaitu Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan, dan Bujang.
STR 2024 atau nama penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
STR 2024 KATEGORI BUJANG
STR 2024 kategori bujang juga akan dapat bantuan pada fasa 4 nanti.
Bantuan ini merupakan kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
STR ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) mengikut kadar pendapatan serta tanggungan masing-masing. Ia juga diberikan kepada kategori merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.
SYARAT KELAYAKAN STR 2024 KATEGORI BUJANG
Berikut merupakan syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang:
BUJANG:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa
WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan berjumlah RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
KADAR BAYARAN STR 2024 KATEGORI BUJANG
Berikut merupakan Nilai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang:
Individu Bujang Berumur 21 – 59 Tahun / OKU Berumur 19 – 59 Tahun : RM350 bagi pendapatan RM2500 ke bawah.
Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan Berumur 60 Tahun Dan Ke Atas: RM600 bagi pendapatan RM5000 ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang, sila klik pada pautan berikut:
KLIK DISINI: RISALAH STR 2024
Sebarang bantuan dan info lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : 29 Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.