STR 2023 Tempoh permohonan rayuan bagi mereka yang tidak dapat pengkreditan bantuan tunai ini ke akaun bank akan dibuka bermula 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023.
STR Fasa 3 sudah pun dikreditkan ke akaun penerima yang layak bermula 26 Jun lalu. Bagi mereka yang tidak mendapat bantuan ini, sila kemas kini maklumat anda sekiranya anda rasa sepatutnya layak untuk mendapat bantuan tunai ini.
Ikuti perkongsian yang dicatat dalam halaman artikel ini untuk mengetahui syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah ini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
PERMOHONAN RAYUAN STR 2023
Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023:
- Mulai 03 sehingga 31 Julai 2023.
Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:
- Secara Dalam Talian.
- Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.
Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.
Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.
Kelayakan
- Penerima bayaran STR Fasa 3 merujuk kepada penerima yang telah membuat permohonan baharu/kemaskini permohonan pada 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023 dan telah disemak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH RAYUAN STR 2023
- S: Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR?
J: Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
Kaedah Permohonan Rayuan STR adalah seperti berikut:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / AppStore pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang Manual
- Penghantaran Borang Rayuan STR berserta dokumen berkaitan di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang terdekat.
Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan STR secara dalam talian kerana
kaedah tersebut adalah lebih mudah, cepat dan selamat.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui Soalan Lazim mengenai rayuan STR 2023 boleh KLIK LINK INI.
Pembayaran fasa 4 STR dijangka pada bulan November 2023.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.