
STAMPS LHDN – Cara Beli Duti Setem & Cetak Sijil Setem Online
Pembayaran duit setem LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian yang dikenali sebagai STAMPS.
STAMPS merupakan singkatan atau akronim bagi “Stamp Assessment And Payment System” atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem.
STAMPS bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.
Selain itu, tahukah anda, setem HASiL Tidak Sah digunakan semenjak 1 Januari 2024 dan ia telah digantikan dengan Sijil Setem yang boleh dicetak sendiri secara online.

Sistem STAMPS LHDN
Walaupun sistem STAMPS ini telah wujud setahun tahun 2012, namun pada peringkat awal pengenalannya, sistem ini khas untuk kegunaan sesetengah pihak sahaja antaranya syarikat, perbankan, firma guaman, agensi dan perniagaan yang berdaftar sahaja.
Namun, bermula 1 Julai 2021, sistem STAMPS ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang awam untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem.
Penggunaan STAMPS ini adalah bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Kenapa guna STAMPS ?
- Mudah dicapai di mana sahaja dan pada setiap masa
- Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen
- Proses penyeteman dan penyimpanan data lebih sistematik
- Data selamat dan terjamin
- Mengurangkan kos pergerakkan dokumen
- Semakan status pada bila-bila masa
- Pelbagai cara bayaran

Pendaftaran Pengguna STAMPS LHDN
STAMPS merupakan perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai sambungan internet.
Untuk pendaftaran, pengguna boleh melayari laman web rasm STAMPS di alamat https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.
Pengguna boleh melakukan urusan taksiran dan bayaran duti setem sebaik sahaja pendaftaran diluluskan oleh pihak LHDN.
Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan pengguna mendaftarkan akaun mereka dengan betul sama ada sebagai Ejen STAMPS (Ejen) atau Individu STAMPS (Individu).
Pendaftaran ID Pengguna Baru Setem
1. Permohonan melalui STAMPS dibenarkan kepada pengguna yang berdaftar sahaja. Pengguna STAMPS terdiri daripada beberapa kategori iaitu Firma Guaman, Bank, Syarikat Insurans, Ejen dan Individu.
2. Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ID baru adalah seperti berikut :

Cara Menggunakan STAMPS Untuk Urusan Pentaksiran & Duti Setem
Walaupun STAMPS merupakan sistem dalam talian, pengguna berstatus Individu tetap masih perlu menghadirkan diri ke kaunter di pejabat LHDN.
Maklumat atau dokumen yang ingin di setemkan perlu diisi terlebih dahulu dalam STAMPS sebelum menghadirkan diri ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal.
Maklumat yang dimasukkan dalam sistem STAMPS akan disimpan sebagai deraf dan hal ini akan mempercepatkan proses penyeteman dokumen.
Setelah bayaran diterima, sijil setem LHDN akan dikeluarkan kepada individu tersebut.
Gambar di bawah adalah carta aliran proses menggunakan STAMPS bagi urusan pentaksiran dan duti setem LHDN.
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA:
pdf MANUAL PENGGUNA – INDIVIDU
pdf MANUAL PENGGUNA – PENGGUNA SYARIKAT (EJEN)
pdf MANUAL PENGGUNA – PENYETEMAN DOKUMEN PERIBADI DI KAUNTER
pdf MANUAL PENGGUNA – BYRHASIL
pdf MANUAL PENGGUNA – BAYARAN FPX
pdf PANDUAN CETAKAN SIJIL
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan atau emel kepada STAMPS ([email protected])
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.