SEJAK kekecohan menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars, ramai mula menuduh penyanyi Stacy bersikap diva.
Menjawab tuduhan tersebut, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, memberitahu mengingatkan orang ramai dia berasal daripada keluarga susah.
Stacy sebaliknya memberitahu dia hanya mempamerkan sikap diva ketika mengadakan persembahan di atas pentas.
“Mungkin mereka lupa yang saya berasal dari mana? Iaitu keluarga susah. Saya hanya ‘diva’ semasa menyanyi sahaja,” katanya kepada mStar.
Stacy memaklumkan perkara itu ketika sidang media sejurus selesai pengumuman 10 lagu yang layak ke AJL pada tahun depan.
Bagaimanapun kata Stacy, dia sudah lali dan tidak pernah menghiraukan kecaman orang lain pada hari dia membuat keputusan menarik diri.
“Saya sudah 16 tahun dalam industri, takkan lah tidak faham lagi benda (kecaman) itu. Saya tidak perlu marah sebab ini adalah kerja saya,” tuturnya.
Bercakap mengenai hubungannya dengan penyanyi Bella Astillah, Stacy menjelaskan mereka belum pernah berjumpa selepas kejadian tersebut.
Bagaimanapun pelantun lagu Pelangi Senja itu yakin hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Mungkin sekarang ini masing-masing tengah sibuk dan masih belum berjumpa tetapi kalau berjumpa pun mustahil nak bermasam muka.
“Ini kerana kami pun sudah tua dan mempunyai anak,” ujarnya.
Sementara itu, Stacy menjelaskan punca utama dia menarik diri adalah kerana dia bakal mengadakan konsert solo tahun depan.
Stacy berkata, dia mahu memberi fokus terhadap persiapan konsert tersebut memandangkan ia sudah dirancang lebih awal sebleum menerima tawaran menyertai konsert A Night With Sumandak Stars
“Ya saya bakal adakan konsert solo yang sudah dirancang sebelum konsert A Night With Sumandak Stars lagi. Kita sudah pun tempat lokasi persembahan.
“Sebab itulah saya tak dapat sertai konsert tersebut dan ia antara sebab utama,” jelasnya.
Sebelum ini Stacy memaklumkan punca dia menarik diri disebabkan syarat diletakkan tidak dipenuhi pihak penganjur iaitu Orange International Entertainment.
Keputusan itu juga dibuat selepas beberapa syarat dan permintaan termasuk isu poster konsert tidak diambil serius dan menarik diri bagi menjaga reputasi kariernya.
Dalam perkembangan lain, Stacy dan suaminya, Akim Ahmad bakal bertanding sebanyak dua lagi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tahun depan.
Lagu tersebut adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi dan juga Saksama oleh Akim And The Majistret.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.