Site icon Mynewskini

SpayLater Kebaikan Keburukan Dan Cara Aktif

spaylater-kebaikan-keburukan.webp

SpayLater Kebaikan Keburukan Dan Cara Aktif – Dalam era digital yang serba moden, pelbagai inovasi kewangan diperkenalkan untuk memudahkan pengguna, termasuk sistem pembayaran secara ansuran seperti SPayLater.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Shopee ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membeli barangan dengan pilihan “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (BNPL).

Walaupun SPayLater menawarkan pelbagai kebaikan seperti kemudahan pembayaran dan akses mudah, terdapat juga keburukan yang wajar diberi perhatian, terutamanya berkaitan pengurusan kewangan dan risiko hutang.

Artikel ini akan membincangkan kebaikan, keburukan, serta langkah-langkah untuk mengaktifkan SPayLater agar pengguna dapat membuat keputusan yang bijak sebelum menggunakan perkhidmatan ini

Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) merupakan sejenis pembiayaan yang kian mendapat sambutan di Malaysia. Melalui perkhidmatan ini, pengguna dapat membeli barangan secara berhutang dan melunaskan bayaran pada waktu yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, caj tertentu, termasuk denda lewat bayar, mungkin dikenakan.

Populariti BNPL didorong oleh fakta bahawa ia tidak dikira sebagai komitmen hutang rasmi seperti pinjaman peribadi atau kad kredit. Kemudahan proses kelulusan yang pantas turut menarik minat ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Salah satu penyedia BNPL yang semakin dikenali di Malaysia ialah Shopee SPayLater.

Apa itu SPayLater

Shopee SPayLater menyediakan perkhidmatan BNPL bukan sahaja di dalam aplikasi, malah untuk pembayaran di kedai fizikal. Ini kerana Shopee merupakan salah satu eWallet yang menyokong DuitNow QR, membolehkan ia digunakan untuk membayar di mana-mana tempat yang menerima pembayaran DuitNow QR.

Shopee SPayLater juga menyediakan bayaran ansuran secara 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan, bergantung kepada jenis produk. Tetapi tawaran yang lebih menarik adalah bayar di bulan hadapan tanpa sebarang caj.

SPayLater Patuh Syariah?

Pada awalnya, SPayLater adalah perkhidmatan yang tidak patuh syariah. Tetapi ia kemudiannya dikemaskini supaya perkhidmatan SPayLater patuh syariah setelah disemak oleh Armanie’s Advisory, firma pematuhan syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Antara perubahan yang dibuat supaya ia patuh syariah adalah, tiada lagi caj lewat bulanan tetapi diganti dengan denda lewat bayar RM10 hanya sekali. Selain itu, akaun pengguna akan dibeku jika lewat bayar dan belum membayar denda RM10. Malah, sebarang caj melebihi kos sebenar yang ditanggung akan didermakan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Perkara ini turut diiktiraf oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Caj yang dikenakan SPayLater

Selepas mendapat pematuhan syariah, tidak banyak caj yang mengelirukan untuk menggunakan SPayLater. Untuk ansuran bulanan, SPayLater hanya mengenakan satu kali yuran pemprosesan 1.5% sebulan (atau 4.5% 3 bulan, 9% 6 bulan, 18% 12 bulan). Caj ini tidak akan berulang atau berganda, hanya dikenakan semasa pertama kali bayaran diproses.

Yang menariknya, Shopee menawarkan caj 0% untuk SPayLater 1-bulan, atau beli sekarang dan bayar penuh bulan hadapan. Tetapi ada masanya, Shopee turut menawarkan SPayLater tanpa caj pemproses untuk ansuran 3-bulan. Ini bergantung kepada produk yang dibeli.

Akhir sekali yang perlu diketahui pengguna, adalah caj lewat bayar. Pengguna perlu membayar ansuran bulanan SPayLater selewat-lewatnya pada tarikh akhir pembayaran, contohnya tanggal 1 haribulan setiap bulan. Jika tidak membayar pada hari tersebut, akaun Shopee akan dibekukan dan caj lewat bayar RM10 dikenakan.

Hanya selepas caj lewat bayar RM10 dan ansuran bulanan sebelumnya dijelaskan, barulah akaun Shopee pengguna akan diaktifkan semula. Tidak perlu risau adanya caj berganda atau terkumpul apabila lewat bayar.

Cara Bayar Pembelian dengan SPayLater

Dengan sokongan DuitNow QR, Shopee SPayLater boleh digunakan untuk membayar di kedai fizikal dengan mengimbas kod DuitNow QR. Tetapi pembayaran paling utama adalah di dalam aplikasi Shopee sendiri. Sebarang pembelian di aplikasi Shopee, boleh menggunakan SPayLater.

Bayar SPayLater dalam aplikasi Shopee

Untuk membayar menggunakan SPayLater di dalam aplikasi Shopee sangat mudah. Pertama, pergi ke produk yang ingin dibeli dan tekan pada Beli di bawah. Pengguna akan disajikan dengan pilihan SPayLater di bawah. Pilih berapa bulan ansuran yang diingini dan tekan Beli Sekarang.

Perkara yang hampir serupa untuk pembayaran produk yang dikumpul di Troli (Cart). Pilih semua produk yang ingin dibayar, kemudian tekan Semak Keluar. Di Pilihan Bayaran, akan disenaraikan ansuran bulanan SPayLater dengan jelas. Pilih ansuran bulanan yang diingini dan tekan Membuat Pesanan.

Bayar SPayLater di Kedai Fizikal

Untuk membayar dengan SPayLater di kedai fizikal, caranya serupa dengan pembayaran QR biasa tetapi ada dua cara. Pertama anda imbas kod QR peniaga. Kedua, peniaga imbas kod QR anda. Untuk membayar, mula-bula buka aplikasi Shopee dan tekan pada ikon pengimbas bayaran.

Jika anda imbas kod QR peniaga, halakan kamera kepada kod QR dan isi jumlah yang ingin dibayar. Pada Pilihan Bayaran, pilih SPayLater dan ansuran bulanan yang diingini untuk membayar.

Kalau mahu peniaga imbas kod QR anda, pilih untuk tunjukkan kod QR anda. Di bawahnya, pilih SPayLater pada Pilihan Bayaran dan ansuran bulanan jika perlu. Sememangnya cara yang sama dengan pembayaran QR yang lain, tetapi perlulah memilih SPayLater.

Shopee ada bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga untuk menawarkan diskaun untuk pembelian menggunakan SPayLater. Jangan lupa untuk menyemak tawaran yang ada sebelum membuat bayaran.

SPaylater Kebaikan & Kelebihan

Tidak dapat dinafikan, SPayLater dapat membantu memudahkan kehidupan. Antaranya, pengguna boleh membeli dulu barang yang diingini walaupun di tengah bulan. Tak perlu tunggu ada duit baru beli, boleh bayar lepas dapat gaji hujung bulan. Asalkan bayar selewatnya pada tarikh pembayaran untuk elak didenda RM10.

Selain itu, orang ramai boleh membeli barang yang mahal secara ansuran bulanan sehingga 12 bulan. Kadang-kadang tanpa caj pemprosesan, tetapi selalunya dikenakan caj pemprosesan 1.5% sebulan. Tidaklah terbeban untuk membayar sekaligus jumlah yang besar.

Ada waktu dan ketika, pengguna SPayLater boleh mendapat lebih diskaun kerana ada kupon dan baucar diberikan Shopee. Terutama sekali pada hari jualan, macam tarikh berganda seperti 5.5 dan 6.6, atau pada hari gaji setiap 25 haribulan.

SpayLater Kelemahan & Keburukan SPayLater

Jangan lupa juga, hutang boleh menjadi beban yang berat jika tidak diuruskan dengan baik. Sama juga dengan penggunaan SPayLater kerana ia satu bentuk hutang.

Paling penting, jangan berbelanja di luar kemampuan. Memang ansuran menjadikan jumlahnya lebih kecil, tetapi jika tidak dapat membayarnya kerana terlalu banyak hutang lain, ia boleh menjadi kesusahan lain.

Selain itu, jika lewat membayar walau 1 hari, pengguna akan dikenakan denda RM10 selain akaun dinyahaktifkan. Tidak lagi boleh membeli-belah di Shopee, sehingga bayaran untuk bulan tersebut dijelaskan, bersama denda RM10.

Cara Aktifkan SPayLater

Pelanggan yang cukup umur 18 tahun dan warganegara Malaysia serta sudah verified kad pengenalan di shopee layak menggunakan sistem pembayaran ansuran ini.

Nilai yang akan anda dapat adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM400, RM1000 atau sehingga RM3000.Had ini berbeza dari pengguna ke pengguna, dan ia akan ditentukan oleh pelbagai faktor, seperti jumlah perbelanjaan anda dan corak pembelian di Shopee, serta sejarah pembayaran balik.

Untuk membuat pengaktifan Spaylater boleh ikuti cara di bawah:

  1. Log masuk akaun shopee anda
  2. Pada menu utama, klik pada Me di bahagian bawah kemudian Klik pada SPayLater bagi penetapan pengaktifan.
  3. Kelayakkan pengaktifan SPayLater
    • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
    • Mempunya kad pengenalan yang sah.
  4. Seterusnya, klik butang Activate Now.
  5. Masukkan lod pengesahan One-Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS.
  6. Muatnaik gambar kad pengenalan anda bersama maklumat tambahan yang dipinta.
  7. Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan
  8. Selesai, SPayLater telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

Jika pengaktifan Spaylater gagal

Jika gagal,anda boleh anda boleh hubungi pihak Shopee melalui khidmat pelanggan Shopee di talian 03-27779222 atau menerusi Shopee Customer Service Team 

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui cara berikut:

Shopee Customer Service No: 0327779222 (7 pagi-10 malam setiap hari)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version