SKSPS PERKESO – Penjaja, peniaga berlesan wajib mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Januari 2025.
Dalam sebuah hantaran di media sosial yang viral baru-baru ini, dikongsikan bahawa pentingnya seseorang mendaftar di bawah SKSPS PERKESO, iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Sebenarnya mungkin ramai yang belum tahu bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman pencarum dan bakal pencarum.
SKSPS PERKESO
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah sebuah skim perindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Ia bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.
Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 20 sektor pekerjaan sendiri yang lain iaitu:
- Pengangkutan Penumpang*
- Pengangkutan Barangan dan Makanan*
- Pertanian
- Penternakan
- Perhutanan
- Perikanan
- Makanan
- Pembuatan
- Pembinaan
- Penjaja
- Premis Penginapan
- Perniagaan Online
- Teknologi Maklumat
- Pemprosesan Data
- Ejen
- Perkhidmatan Profesional
- Perkhidmatan Sokongan
- Kesenian
- Perkhidmatan Isi Rumah
- Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
*Termasuk dua sektor yang dimandatorikan.
Kegagalan Orang Bekrja Sendiri (OBS) berdaftar dan mencarum di bawah sektor yang telah dimandatorikan, melakukan kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarat Kelayakan SKSPS
Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:
- Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dan mendapat upah
Jadual Pilihan Caruman
Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah:
Cara Mendaftar
Sekiranya anda yakin anda sudah penuhi kelayakan untuk mencarum SKSPS ini, anda sudah boleh membuat pendaftaran. Berikut adalah dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan daripada persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
Layari https://matrix.perkeso.gov.my/ untuk pendaftaran selanjutnya.
Faedah-Faedah Diterima Pencarum
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
- Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
- Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
- Faedah Orang Tanggungan (FOT)
- Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
- Faedah Pendidikan
Jadual Pengiraan Bayaran Faedah
Panduan Pembayaran Caruman Online SKSPS PERKESO
Pembayaran boleh dilakukan secara bulanan atau tahunan melalui:
- Portal MATRIX di https://matrix.perkeso.gov.my
- Aplikasi PERKESO Prihatin
- Ejen PERKESO yang sah (https://www.perkeso.gov.my/ejen-keselamatan-sosial-pekerjaan-sendiri.html)
Sila rujuk manual berikut untuk pembayaran secara online:
CARA PEMBAYARAN
- Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
- Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .
- Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).
Maklumat Lanjut
Untuk informasi terkini mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS), anda boleh rujuk laman sosial berikut:
- Lama Web : https://www.perkeso.gov.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
- Instagram : https://www.instagram.com/perkeso.official/
- X : https://x.com/PERKESOofficial
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.